BAJET 2013

BAJET 2013
APA YANG ANDA TAHU DAN APA YANG ANDA DAPAT

Ahad, 18 November 2012

Saya amat sedih dengan keadaan politik orang melayu yang beragama islam di akhir zaman ini .Tidak salah berselisih faham kerana masing-masing mempunyai naluri tetapi jangan sampai berpecah-belah sesama kita…Apa yang saya risaukan dalam berpolitik janganlah sampai kita mengadaikan maruah agama dan bangsa kita,demi mencapai sesuatu yang jawapannya sudah tentu tak kemana-mana… 
Sejak akhir-akhir ini 
salah seorang pemimpin penting di Pulau Pinang mendakwa cara pemerintahannya sama seperti zaman pemerintah islam iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.Apa yang saya faham dari pembacaan saya tentang sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dan saya bandingkan dengan cara pemerintahan beliau di Pulau Pinang amatlah berbeza sekali.
Kepada orang melayu yang beragama islam jangan lah kita sekali-kali taksub dengan seseorang pemerintah tanpa berfikir baik dan buruknya terus sahaja percaya dan mengikutnya.Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang negarawan islam yang ulung dan unggul di zaman pemerintahan beliau.Islam berjaya berkembang sampai keluar dari benua Arab .Beliau disegani samada dari pihak kawan atau lawan.Bagi saya belum ada lagi pemimpin di dunia ini yang dapat mencontohi kepimpinan Beliau. Apa yang malang sekali bagaimana orang islam boleh setuju pendapat yang menyatakan kepimpinan salah seorang pemimpin dari Pulau Pinang yang bukan islam sama seperti Khalifah Umar Abdul Aziz….Kenyataan ini boleh menyebabkan orang bukan islam memandang rendah terhadap pahlawan dan negarawan islam yang unggul yang menjadi idola saya,jangan gunakan nama pejuang islam atau pemerintah islam untuk mendapatkan sokongan dari orang islam.

Sebagai orang islam kita kenalah berfikir dengan sewarasnya dalam menilai erti perjuangan .jangan dijadikan islam sebagai modal untuk meraih sokongan atau simpati.
Apa yang menyedihkan saya sebagai orang islam …membiarkan orang bukan islam menggunakan ayat-ayat al-quran ketika berceramah dihadapan orang islam dan di sambut dengan pekikkan “Allahhuakhbar” dari orang-orang islam selepas sipenceramah kafir itu berucap menggunakan ayat –suci al quran …disini ini saya bertanya kemanakah maruah kita sebagai seorang islam yang percaya al-quran itu adalah kitab suci kita…kita nak memegangnya pun kena berwuduk Tetapi kita sanggup membiarkan orang bukan islam membaca ayat al quran semata mata untuk polimik sokongan…Apakah ayat al-quran boleh dipermain-mainkan…?Bawalah bertaubat kepada yang dah jauh tersasar.

Di zaman kanak–kanak saya dulu, saya teringat perkataan orang melayu yang beragama islam “Jangan Pegang Kepala Pantang Melayu” tu…tetapi sekarang jangan kan pegang kepala ayat quran pun boleh dipermain-mainkan demi kepentingan politik sempit untuk mendapatkan sokongan…

Orang melayu jangan lah perpolitik sempit sangat …sampaikan sanggup berpatah arang demi mempertahankan pegangan politik kita.Kesannya Melayu jugak yang rugi kerana perbalahan sesama kita orang lain yang mengambil kesempatan sebagai kuasa penentu…
Walaupun kita berbeza fahaman politik selagi kita “Mengucap Dua Kalimah Sahadat” selagi itu lah kita bersaudara dalam islam….Apabila kita mati di dalam kubur tidak ada soalan yang di tanya pada kita dari parti apa “PAS atau UMNO” yang ditanyakan adalah amalan kita sahaja.PAS atau pun UMNO apabila mati nanti dalam tanahlah tempat kekal kita…
Tetapi apabila kita sesama kita berbalah …Anak cucu kita akan merana kesan perbalahan kita sekarang…..Renongkan lah..

Hanya Malaysia sahaja negara dan tanah air kita tiada dua dan tiga …Jadikanlah negara Palestin sebagai contoh untuk kita bermuhasabah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan