BAJET 2013

BAJET 2013
APA YANG ANDA TAHU DAN APA YANG ANDA DAPAT

Jumaat, 23 November 2012


Pengerusi BN Bagan Serai, Datuk Zaili Cha, berkata beberapa projek pembangunan mega akan dilaksanakan di kawasan itu, sekaligus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi setempat pada masa akan datang.
“Jika ingin pembangunan yang berterusan, rakyat perlu bagi sokongan kepada BN, jangan lagi tertipu dan harus diingat bukan masa yang singkat untuk kita berpatah balik. Rakyat kena tanggungjawab terhadap diri sendiri dan negara dengan membuat pilihan yang terbaik,” katanya kepada Peraktoday.com.
Tegasnya lagi, jika pembangkang berkuasa di peringkat negeri dan parlimen, projek pembangunan yang dirancang akan terbantut yang akhirnya akan menjejaskan masa depan rakyat.
Sementara itu, rakyat Bagan Serai katanya, bakal menikmati pembangunan dan kemajuan yang lebih pesat apabila beberapa projek mega yang kini dalam peringkat awal pembinaan siap sepenuhnya, semuanya di atas bantuan dan sokongan kerajaan BN.
Projek membina dewan serbaguna dan mini stadium di pekan Bagan Serai yang bernilai RM7 juta sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor dilantik, tegasnya.
“Selain itu, kerja membina susur keluar tol Alor Pongsu yang menelan kos RM70 juta sudah bermula Februari lalu manakala projek tebatan banjir yang bernilai RM470 juta juga akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
“Dari sudut ekonomi, projek susur keluar itu pastinya akan merancakkan pertumbuhan ekonomi pekan Bagan Serai dan kawasan sekitarnya.
“Difahamkan juga, sebuah lapangan terbang tambang murah (LCCT) akan dibina di kawasan Sungai Bogak menganjur hingga ke Alor Pongsu yang membabitkan pembangunan tanah seluas 400 hektar, sekaligus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di Parlimen Bagan Serai,” katanya.
Mengulas lanjut, Zaili berkata, untuk fasa pertama projek mengatasi banjir di Bagan Serai, kerja membersih dan mendalamkan Tasik Bukit Merah yang menelan kos RM40 juta telah berjalan kira-kira sebulan yang lalu.
“Kerja membina ban untuk tebatan banjir bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana pihak kontraktor sudah dipanggil selain sebuah hospital daerah yang mempunyai kemudahan 300 katil juga akan dibina di Simpang Lima, dekat Parit Buntar.
“Saya difahamkan tender untuk fasa pertama projek membina hospital daerah ini sudah dikeluarkan dan kita harap kerja awal pembinaan dapat dimulakan sebelum pilihan raya akan datang.
“Jika dahulunya, rakyat sering mendakwa kawasan ini mundur dan dianaktirikan oleh BN tetapi kini beberapa projek mega yang akan dibina di sini bakal membawa pembangunan yang pesat di Bagan Serai.
“Sudah pastinya jalan di Alor Pongsu akan dinaiktaraf dan diperbesarkan, sekaligus membantu pihak Emkay Land memajukan Lembah Bariah,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, sokongan rakyat terhadap BN Perak terutamanya di Parlimen Bagan Serai, katanya, semakin bertambah baik dan hampir 80 peratus pengundi India kini kembali menyokong kerajaan.
“Kebanyakan pengundi India kembali menyokong BN kerana mereka dapat lihat sendiri segala apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat terutamanya di negeri dikuasai pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang hanyalah sekadar cakap kosong sahaja.
“Rakyat sudah muak dengan alasan wakil rakyat pembangkang yang berdolak-dalih untuk membantu dan membela nasib pengundi termasuklah di Parlimen Bagan Serai ini,” katanya.
Zaili yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, berkata sokongan masyarakat Cina di kawasan itu juga tambah menyakinkan hasil pelbagai program yang diatur oleh BN sejak kerusi itu dikuasai parti pembangkang.
“Kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Selinsing dan Gunung Semanggol dikuasai oleh pembangkang dan BN hanya menang di DUN Alor Pongsu yang kini diwakili Datuk Sham Mat Sahat.
“Meskipun begitu, khidmat yang ditawarkan wakil rakyat PAS di kawasan Selinsing dan Gunung Semanggol tidak sampai 10 peratus yakni sekadar menziarahi orang meninggal atau hadir di majlis kenduri-kendara tetapi dari segi sumbangan dan bantuan tidak pula dihulurkan.
“Sebaliknya, mereka ini meminta pengundi supaya berhubung dengan pihak berwajib, iaitu tentunya kerajaan BN untuk mendapatkan bantuan dengan alasan PR tidak lagi menguasai negeri,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, bekas Adun Selinsing itu berkata, apabila BN Perak kalah pada pilihanraya 2008, pihaknya terus mengorak langkah menyusun program turun padang dan motivasi selang sehari selepas itu bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat di Parlimen Bagan Serai.
“Pada 8 Mac 2008, Perak dikuasai parti pembangkang dan selang dua hari selepas itu, iaitu pada 10 Mac kita terus menyusun pelbagai program turun padang untuk memberi penerangan secara berterusan kepada rakyat.
“Dalam tempoh 11 bulan itu, kita juga melaksanakan program kemasyarakatan selain meningkatkan khidmat dari segi pentadbiran supaya rakyat merasa mereka terus didampingi oleh BN,” ulasnya.
Program Semarak diperkenalkan di setiap cawangan dengan mengajurkan aktviti gotong-royong bersama sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri selain membuka kaunter bagi menyalurkan masalah rakyat dengan kerjasama agensi kerajaan.
Bantuan dari rumah ke rumah juga katanya, dipratikkan secara berkala mengikut zon yang telah ditetapkan.
“Program Mantap juga diwujudkan bagi menawan semula kerusi Parlimen dan DUN Selinsing dan Gunung Semanggol dengan menganjurkan kursus kepada ahli jawatankuasa peti undi dari semasa ke semasa.
“Dari segi persediaan, kami di sini bersiap-sedia menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa sahaja, hanya menunggu semboyan ditiupkan oleh Perdana Menteri,” tegas Zaili lagi.

Ahad, 18 November 2012

Salam.Pemimpin Hzblla..syed Hassan nsrallah minta semua muslim/muslimah untuk membaca surah al-Baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85,86 dan 88 mlm ini.agar Israel hancur kerana saudara seagama telah dikepong tunggu masa untuk di sembelih...keadaan amat dasyat..itu sahaja jihad kita ....

PROGRAM SKETARIAT PENYOKONG SETIA PERAK

PESTA AIR GUNONG SEMANGGOL

Akan diadakan di Bukit Panchur,Semanggol pada :
Tarikh : 25/11/2012 (Ahad)
Tempat : Dataran Tebok Panchur
Masa : 8.00pg hingga 6.00ptg
Tetamu Kehormat : YB Dato' Sri Diraja Zambri Abd Kadir

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.


Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.


Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut, renonglah apakah nasib rakyat PELASTIN. Marilah kita sama2 berdoa untuk rakyat PELASTIN…AMIN.
Di bulan inilah kita wajib mendoakan kebaikan umat ISLAM bukan untuk kemusnahan sesama ISLAM.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (
صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)

“MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI”


Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar lukisan yang pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah tetapi sebenarnya berupa racun yang berbisa. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dogengan lipurlara sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat.

Bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan.
Saya amat sedih dengan keadaan politik orang melayu yang beragama islam di akhir zaman ini .Tidak salah berselisih faham kerana masing-masing mempunyai naluri tetapi jangan sampai berpecah-belah sesama kita…Apa yang saya risaukan dalam berpolitik janganlah sampai kita mengadaikan maruah agama dan bangsa kita,demi mencapai sesuatu yang jawapannya sudah tentu tak kemana-mana… 
Sejak akhir-akhir ini 
salah seorang pemimpin penting di Pulau Pinang mendakwa cara pemerintahannya sama seperti zaman pemerintah islam iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.Apa yang saya faham dari pembacaan saya tentang sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dan saya bandingkan dengan cara pemerintahan beliau di Pulau Pinang amatlah berbeza sekali.
Kepada orang melayu yang beragama islam jangan lah kita sekali-kali taksub dengan seseorang pemerintah tanpa berfikir baik dan buruknya terus sahaja percaya dan mengikutnya.Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang negarawan islam yang ulung dan unggul di zaman pemerintahan beliau.Islam berjaya berkembang sampai keluar dari benua Arab .Beliau disegani samada dari pihak kawan atau lawan.Bagi saya belum ada lagi pemimpin di dunia ini yang dapat mencontohi kepimpinan Beliau. Apa yang malang sekali bagaimana orang islam boleh setuju pendapat yang menyatakan kepimpinan salah seorang pemimpin dari Pulau Pinang yang bukan islam sama seperti Khalifah Umar Abdul Aziz….Kenyataan ini boleh menyebabkan orang bukan islam memandang rendah terhadap pahlawan dan negarawan islam yang unggul yang menjadi idola saya,jangan gunakan nama pejuang islam atau pemerintah islam untuk mendapatkan sokongan dari orang islam.

Sebagai orang islam kita kenalah berfikir dengan sewarasnya dalam menilai erti perjuangan .jangan dijadikan islam sebagai modal untuk meraih sokongan atau simpati.
Apa yang menyedihkan saya sebagai orang islam …membiarkan orang bukan islam menggunakan ayat-ayat al-quran ketika berceramah dihadapan orang islam dan di sambut dengan pekikkan “Allahhuakhbar” dari orang-orang islam selepas sipenceramah kafir itu berucap menggunakan ayat –suci al quran …disini ini saya bertanya kemanakah maruah kita sebagai seorang islam yang percaya al-quran itu adalah kitab suci kita…kita nak memegangnya pun kena berwuduk Tetapi kita sanggup membiarkan orang bukan islam membaca ayat al quran semata mata untuk polimik sokongan…Apakah ayat al-quran boleh dipermain-mainkan…?Bawalah bertaubat kepada yang dah jauh tersasar.

Di zaman kanak–kanak saya dulu, saya teringat perkataan orang melayu yang beragama islam “Jangan Pegang Kepala Pantang Melayu” tu…tetapi sekarang jangan kan pegang kepala ayat quran pun boleh dipermain-mainkan demi kepentingan politik sempit untuk mendapatkan sokongan…

Orang melayu jangan lah perpolitik sempit sangat …sampaikan sanggup berpatah arang demi mempertahankan pegangan politik kita.Kesannya Melayu jugak yang rugi kerana perbalahan sesama kita orang lain yang mengambil kesempatan sebagai kuasa penentu…
Walaupun kita berbeza fahaman politik selagi kita “Mengucap Dua Kalimah Sahadat” selagi itu lah kita bersaudara dalam islam….Apabila kita mati di dalam kubur tidak ada soalan yang di tanya pada kita dari parti apa “PAS atau UMNO” yang ditanyakan adalah amalan kita sahaja.PAS atau pun UMNO apabila mati nanti dalam tanahlah tempat kekal kita…
Tetapi apabila kita sesama kita berbalah …Anak cucu kita akan merana kesan perbalahan kita sekarang…..Renongkan lah..

Hanya Malaysia sahaja negara dan tanah air kita tiada dua dan tiga …Jadikanlah negara Palestin sebagai contoh untuk kita bermuhasabah diri.

jiwaku tetap bn

walaupun musuh datang seribu bala tentera dihadapan ...namun dihatiku tetap mempertahankan Barisan Nasional hingga ketitisan darah yang terakhir.